• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Kuliah Ramadhan Dan Majlis Penyampaian Bantuan Aidilfitri Fakir Miskin Kampong Gajah

Kuliah Ramadhan Dan Majlis Penyampaian Bantuan Aidilfitri Fakir Miskin Kampong Gajah

Pada 7 Julai 2015 (Selasa), satu Majlis Kuliah Ramadhan dan Penyampaian Bantuan Aidilfitri telah diadakan di Dewan Mellineum, Kompleks Pentadbiran Daerah, Kg Gajah. Majlis telah dimulai dengan kuliah Ramadhan bertajuk Berzakat Dan Berwakaflah yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Latiff bin Talib, Pegawai Unit Dakwah dan Amil MAIPk. Seterusnya ucapan Y.Bhg Dr.Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPk. Beliau menjelaskan bahawa peranan MAIPk perlu mencari asnaf dan bukan hanya menunggu asnaf datang ke pejabat.Beliau juga menjelaskan bahawa sebanyak RM25 juta setahun wang zakat telah dibelanjakan untuk tujuan dialisis. Sehubungan itu ,MAIPk dalam perancangan untuk membangunkan sebuat pusat dialisis di Teluk Intan. Peruntukkan adalah dari dana wakaf tunai.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato Seri Haji Mohd Ghazali bin Hj Abdul Rahman, Orang Besar Jajahan Perak Tengah. Dalam ucapan perasmian, Y.Bhg Dato Seri Haji Mohd Ghazali bin Hj Abdul Rahman, mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat bersama dalam majlis tersebut. Ini juga akan memberikan persepsi yang baik kepada masyarakat bahawa MAIPk sentiasa rapat dengan masyarakat. Dengan cara ini akan mewujudkan persefahaman yang ikhlas antara MAIPk dan masyarakat. Y.Bhg Dato Seri juga menyarankan agar ibadaf wakaf di galakkan kepada masyarakat walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Tahniah juga diberikan kepada Pejabat MAIPk Daerah Kg Gajah kerana berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Diantara bantuan-bantuan yang diagihkan ialah Bantuan Persekolahan Daerah Kg Gajah dan Seri Iskandar, Bantuan Aidilfitri Fakir Miskin Kariah Masjid Daerah Kg Gajah dan penerima Bantuan Bulanan Tunai Fakir Miskin Daerah Kg Gajah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.