Kunjungan Hormat Maahad Miftahul Jannah Ke MAIPk
IPOH, 4 September 2025 - Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini, telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Maahad Miftahul Jannah yang diketuai oleh Ustaz Firdaus Mohamad Khairuddi.
Pertemuan ini membuka ruang jalinan ukhuwah serta perbincangan mengenai peranan institusi pendidikan Islam dalam memperkukuh syiar Islam dan memperkasa generasi muda di negeri Perak.



