• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN NEGERI PERAK SIRI 7/2025

IPOH, 29 September 2025 – Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 7/2025 sedang berlangsung di Dewan KPTM Ipoh, Meru. Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Suhaimi bin Yusoff turut hadir bagi menyantuni para pelanggan serta mendengar secara langsung pandangan dan maklum balas yang dikongsikan.

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menjadi mata dan telinga masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan golongan asnaf yang memerlukan bantuan. MAIPk juga komited menangani isu-isu berkaitan wakaf serta menggalakkan masyarakat bersama-sama menghidupkan amalan berwakaf demi manfaat bersama.

Dengan keprihatinan dan sokongan semua pihak, diharapkan tiada golongan yang terpinggir daripada menerima bantuan yang sewajarnya, manakala potensi wakaf dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan ummah.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.