MAIPk TERUS PERKASA PENDAPATAN ASNAF MELALUI SKIM BANTUAN MODAL
KUALA KANGSAR, 19 November 2025 — Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)Cawangan Kuala Kangsar terus komited membantu asnaf meningkatkan taraf ekonomi melalui pemberian Skim Bantuan Modal yang disalurkan kepada dua penerima di Enggor, Kuala Kangsar dengan jumlah keseluruhan RM23,376.50.
Penerima pertama, Mohamad Azani bin Mat Rashid, telah menerima enjin Yamaha 15HP dan sebuah bot fiber 14 kaki bagi menyokong usaha beliau menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara lebih efisien dan selamat.
Manakala penerima kedua, Sabri bin Hussin, turut menerima Depro Pump Air 12HP Diesel beserta kelengkapan pertanian bagi memperkukuh operasi kebun sayurannya serta meningkatkan hasil keluaran.
Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Timur, Zul-Azri bin Hosaini, yang turut menzahirkan harapan agar bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan pendapatan dan kesejahteraan keluarga penerima.










