• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAJLIS PENYERAHAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG I’DADI DAN THANAWI TAHUN 2024

MAJLIS PENYERAHAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG I’DADI DAN THANAWI TAHUN 2024

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan Majlis Penyerahan Anugerah Pelajar Cemerlang I’dadi dan Thanawi Tahun 2024 bertempat di Hotel Casuarina@Meru pada 12 November 2025. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Pengurusan MAIPk, Bakri bin Lee.

Seramai 18 pengetua dari SMTDR, SMAR dan SABK hadir mewakili 107 orang pelajar yang berjaya mendapat keputusan Mumtaz dalam peperiksaan I’dadi dan Thanawi di seluruh Negeri Perak. Setiap pelajar menerima saguhati sebanyak RM300 menggunakan peruntukan Zakat Fisabilillah sebagai penghargaan atas kecemerlangan akademik mereka.

Semoga saguhati ini menyuntik inspirasi serta menjadi dorongan kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam pengajian mereka, sekali gus melahirkan generasi berilmu yang mampu menyumbang kepada pembangunan ummah.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak, Faiz bin Muhammad Rafaai, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Suhaimi bin Yusoff dan Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Salehuddin bin Haji Arshad.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.