MAIPk MEMPERKASA 20 ASNAF MELALUI KURSUS PENJAGAAN ASAS KESIHATAN
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak sentiasa berusaha memperkasa golongan asnaf ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan berdikari. Melihat perkembangan industri permintaan dan keperluan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan di rumah ataupun di hospital kian berkembang.
Justeru MAIPk mengambil inisiatif melatih 20 orang asnaf mengikuti Kursus Penjagaan Asas Kesihatan bagi membuka peluang penjanaan pendapatan sampingan. Medifa Care Group Sdn Bhd sebagai agensi bertauliah telah dipertanggungjawabkan untuk melatih mereka sebagai Caregiver individu yang berkemahiran untuk memberi perkhidmatan penjagaan kepada yang memerlukan bantuan harian disebabkan faktor umur, sakit, kecederaan atau kurang upaya. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah:-
20 orang asnaf ini akan bernaung di bawah Medifa Care Group Sdn Bhd, jika memerlukan perkhidmatan ini boleh hubungi talian 019-5604003/ 019-7800760.
Semoga usaha ini dapat memberi manfaat yang berterusan kepada asnaf dalam pembangunan sosio ekonomi mereka.








