MAIPk ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING
TAIPING, 15 Januari 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Koreksional Kamunting.
MAIPk yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, bersama barisan pengurusan kanan disambut oleh Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, Penolong Komisioner Penjara (PKP) Mohd Hidayat bin Ismail, bersama barisan pengurusan pusat tersebut.
Kunjungan ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik, khususnya dalam aspek kebajikan, pemulihan serta pemerkasaan sosioekonomi dan pembangunan golongan yang memerlukan.








