KUNJUNGAN HORMAT MAIPk BUKA RUANG KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA KOLEJ UNIVERSITI VISION
PETALING JAYA , 5 Februari 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Universiti Vision sebagai usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, pemerkasaan modal insan serta pembangunan potensi pelajar.
Delegasi MAIPk diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi MAIPk, Puan Wan Maizura binti Wan Zahari, manakala pihak Kolej Universiti Vision diketuai oleh Naib Canselor merangkap Ketua Eksekutif, Prof. Emeritus Dr. Hamzah bin A. Rahman.
Perbincangan turut menyentuh potensi kolaborasi strategik melibatkan bidang pendidikan, TVET, kesihatan serta peluang pemerkasaan golongan asnaf melalui pendekatan latihan dan pembangunan kemahiran yang bersesuaian.
Kunjungan ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih menyeluruh antara MAIPk dan Kolej Universiti Vision, selari dengan aspirasi MAIPk untuk memperkasa pendidikan dan kesejahteraan ummah secara berterusan.














