• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk PERKASA TAHFIZ DI PENJARA TAPAH

TAPAH, 10 Februari 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan lawatan tapak ke Sekolah Tahfiz Penjara Tapah sebagai usaha memperkukuh sokongan terhadap program pendidikan Al-Quran dan pemerkasaan rohani dalam kalangan penghuni penjara. Lawatan berkenaan telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, bersama barisan pengurusan MAIPk dan telah disambut oleh Timbalan Komisioner Penjara, Tuan Kamarulzaman bin Ismail, selaku Pengarah Penjara Tapah.

Melalui inisiatif wakaf yang diuruskan oleh MAIPk, dana wakaf telah disalurkan bagi menyokong keperluan pengoperasian dan pembangunan Sekolah Tahfiz Penjara Tapah. Sumbangan ini merangkumi penambahbaikan kemudahan pembelajaran, penyediaan bahan pengajian serta sokongan terhadap pelaksanaan program tahfiz Al-Quran secara berterusan.

MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pembayar wakaf yang telah menyumbang dan menjayakan usaha dakwah dan pemulihan melalui pendidikan.

Penyaluran dana wakaf ini diharap dapat memberi manfaat berpanjangan kepada pelajar tahfiz di Penjara Tapah, khususnya dalam membentuk sahsiah, memperkukuh disiplin diri serta menyediakan landasan perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik selepas pembebasan.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.