Notis Pemakluman
Dimaklumkan bahawa, Persidangan Majlis Agáma Islam dan 'Adat Melayu Perak Kali Ke-230 (Bil. 4/2024) bertarikh 20 Disember 2024 bersetuju menubuhkan Zakat Perak Al Ridzuan Sdn. Bhd. (ZAPAR), iaitu sebuah syarikat milik penuh MAIPk yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) bagi melaksanakan urusan kutipan zakat dan wakaf tunai di negeri Perak. Penubuhan ZAPAR dibuat menurut kuasa Majlis di bawah seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, perenggan 3(2)(a) Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Perak 2024 dan perenggan 27(2)(a) Enakmen Wakaf (Perak) 2015.
Sehubungan dengan itu, bayaran zakat dan wakaf tunai negeri Perak melalui medium portal semua bank di dalam Malaysia akan dikreditkan ke akaun bank ZAPAR bermula 1 April 2026. Oleh itu, kami berharap agar semua pelanggan di setiap Bank berkaitan yang melaksanakan tuntutan bayaran zakat dan bayaran wakaf tunai di negeri Perak dapat mengambil perhatian berkenaan perubahan institusi yang melaksanakan kutipan zakat dan wakaf tunai di negeri Perak.
Bank-bank yang terlibat adalah Maybank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Public Bank Berhad, RHB Bank Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad,Affin Islamic Bank Berhad, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank Berhad, Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agro Bank) dan Ambank Berhad.
Perhatian oleh semua pelanggan setiap Bank amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.








