ZIARAH ASNAF BERSAMA NGO SAHABAT PEJUANG KANSER
Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan ziarah asnaf di sekitar Manjoi dan Simpang Pulai bersama salah satu rakan kerjasama strategik NGO yang berdaftar dengan MAIPk.
Ziarah ini diadakan bagi menyantuni asnaf yang menghidap kanser, di samping meneliti keperluan serta kaedah terbaik dalam menyalurkan bantuan secara lebih komprehensif dan berkesan.
Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, En. Suhaimi bin Yusoff turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke pejabat urusan NGO Sahabat Pejuang Kanser di Bandar Seri Botani. Dalam lawatan tersebut, taklimat ringkas berkaitan gerak kerja persatuan telah disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Sahabat Pejuang Kanser, Puan Roshila binti Mohd Rozlan.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus memperkasa usaha agihan zakat serta memberi manfaat yang lebih menyeluruh kepada para pesakit kanser yang sedang berjuang meneruskan kehidupan.










