• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk SALUR BANTUAN KECEMASAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI CHEMOR

IPOH – Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited dalam membantu masyarakat yang ditimpa musibah apabila menyalurkan Bantuan Kecemasan Segera kepada mangsa kebakaran, Encik Ahmad Safuan bin Abd Samad, yang kediamannya di Taman Chepor Jaya, Chemor mengalami kebakaran baru-baru ini.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus MAIPk Cawangan Ipoh, Encik Fairuz bin Zahari, sebagai tanda keprihatinan MAIPk dalam meringankan beban mangsa yang mengalami kerugian akibat kejadian tersebut.

Kebakaran berkenaan telah menyebabkan sebahagian kediaman serta beberapa barangan keperluan rumah mengalami kerosakan, sekali gus memberi kesan kepada kehidupan harian mangsa.

MAIPk sentiasa komited dalam memastikan kebajikan masyarakat, khususnya golongan asnaf dan mereka yang ditimpa musibah terus diberi perhatian melalui pelbagai bentuk bantuan yang bersesuaian.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.