REBUT PELUANG! TVET MAIPk TAWAR TAJAAN PENUH KURSUS ELDERLY CARE DENGAN JAMINAN PELUANG PEKERJAAN
Malaysia sedang menuju ke arah negara menua, sekali gus menjadikan industri penjagaan warga emas (Elderly Care) sebagai antara sektor yang berkembang pesat dan semakin memerlukan tenaga kerja mahir. Inilah masanya untuk anda merebut peluang membina kerjaya dalam bidang yang mempunyai permintaan industri yang tinggi dan prospek pekerjaan yang semakin luas.
Susulan kejayaan Majlis Pelepasan Peserta TVET MAIPk Tahun 2026 yang berlangsung pada 13 Julai 2026, MAIPk meneruskan komitmennya dalam memperkasa modal insan asnaf dengan membuka pengambilan baharu bagi Kursus Elderly Care dengan kerjasama UOA Academy.
Bukan sekadar mengikuti latihan, tetapi membina kerjaya yang mempunyai masa depan.
Apa yang anda bakal nikmati?
Komune Care, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
Program ini memberi peluang kepada belia asnaf untuk memperoleh kemahiran profesional dalam bidang penjagaan warga emas yang kini semakin mendapat permintaan daripada industri. Selain membina kerjaya yang stabil, peserta juga berpeluang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui profesion yang semakin penting di Malaysia.
Syarat Permohonan
Jangan lepaskan peluang ini! Tempat adalah terhad.
Imbas Kod QR pada poster untuk membuat permohonan atau hubungi:
TVET MAIPk
Mencipta Peluang, Membina Kehidupan.








