MAIPk SOKONG AGENDA KELESTARIAN ALAM NEGERI PERAK
TELUK INTAN, 8 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) turut mengambil bahagian dalam Karnival Kelestarian Alam Negeri Perak Tahun 2026 (Zon Perak Selatan) yang berlangsung di Arena Square MPTI, Teluk Intan.
Turut berlangsung sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Puan Habibah binti Yaakob, Anggota MAIPk, berkaitan kepentingan kelestarian alam serta peranan institusi, masjid dan masyarakat dalam membudayakan amalan yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Turut hadir memeriahkan program ialah YBhg. Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato’ Haji Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak.
Karnival ini juga diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan kutipan barangan kitar semula, jualan rahmah, pameran dan aktiviti kesedaran alam sekitar yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi serta masyarakat setempat.








