• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Pelan Strategik MAIPk 2016 -2021

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Pelan Strategik MAIPk 2016 -2021

Ipoh 05 Mei (Khamis) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Pelan Strategik MAIPk 2016-2021 Bil. 01/2016 bertempat di Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin merupakan pengerusi mesyuarat jawatankuasa ini. Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan dan memperhalusi blueprint yang telah dihasilkan. Di dalam mesyuarat ini pengerusi menyentuh beberapa fokus utama blueprint antaranya mengenai Mandat dan Aspirasi,4 Bidang Strategik, 10 Dimensi Strategik dan 46 Tindakan Strategik.

Selain itu, Syiar Islam dijadikan teras utama dalam semua cakupan pelan strategik MAIPk di mana Syiar Islam inilah segala-galanya untuk melaksanakan pelan strategik ini. Semoga pelan strategik MAIPk dapat mencapai matlamat dalam sasaran masa enam tahun iaitu dari tahun 2016 sehingga tahun 2021. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Bin Muhamed serta ahli-ahli mesyuarat.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.