• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Penyerahan Zakat Perniagaan Syarikat Ladang MOCCIS Sdn.Bhd.

IPOH, 24 November 2016 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima kunjungan Syarikat Ladang MOCCIS Sdn. Bhd. untuk menyerahkan cek zakat perniagaan bagi tahun 2015 kepada MAIPk. Majlis penyerahan cek zakat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Kompleks Islam Darul Ridzuan.

Dalam majlis tersebut, Syarikat Ladang MOCCIS Sdn. Bhd telah diwakili oleh Encik Ashran bin Haji Idris selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Ladang MOCCIS Sdn.Bhd. MAIPk telah diwakili oleh Encik Ahmad Nazim bin Md Tajuri , Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk telah menerima cek bayaran zakat tersebut berjumlah RM148,674.28 .

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Mohd Latiff bin Talib, Pengurus Dakwah dan Amil Bahagian Pemasaran MAIPk, Encik Mohd Taufik bin Ismail, Penolong Pengurus Syarikat Ladang MOCCIS Sdn.Bhd serta pegawai-pegawai Syarikat Ladang MOCCIS Sdn.Bhd dan MAIPk. Semoga Allah S.W.T merahmati dan memberkati setiap hasil usaha perniagaan yang dijalankan Syarikat Ladang MOCCIS Sdn. Bhd.







.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.