• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Kem Motivasi Muallaf Keluarga SAKINAH

Batu Kurau, 16-18 Disember 2016 Bertempat di Kem Mawaddah, Kampung Perak, Batu Kurau, seramai 44 orang peserta terdiri daripada 12 keluarga Muallaf telah menyertai Kem Motivasi Muallaf Keluarga Sakinah.

Program ini dianjurkan oleh Unit Pemerkasaan Asnaf, Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Sepanjang 3 hari 2 malam program ini dijalankan, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pelajaran dan perkongsian ilmu seperti sesi tazkirah dan latihan dalam kumpulan. Selain itu peserta juga telah melibatkan diri dalam bersifat fizikal seperti aktiviti outdoor.

Puan Noorwahida binti Abu Seman, Pengurus Unit Pemerkasaan Asnaf Bahagian Agihan Zakat telah merasmikan majlis penutup program ini. Dalam ucapannya, beliau berharap agar pengalaman dan ilmu yang diperoleh dari program ini dapat diamalkan oleh peserta. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Kem Motivasi Muallaf Keluarga Sakinah ini.























.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.