• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Zakat Bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Majlis Penyerahan Zakat Bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

8 Mei 2017, Kuala Lumpur - Majlis penyerahan zakat perniagaan bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan majlis penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah diadakan pada 8 Mei 2017 bersamaan 11 Syaaban 1438H bertempat di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sebanyak 5 agensi telah menyerahkan zakat perniagaan dalam majlis ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 9,081,983.31. YBhg. Dato Badlisyah bin Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Tabung Haji, mewakili Lembaga Tabung Haji menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3,498,946.66 dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang diwakili YBhg. Dato Sri Jamil Bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 3,000,000.00.

RM 2,095,802.94 pula diterima daripada GPB Corporation Sdn. Bhd. yang diserahkan oleh Encik Syed Amir Nidzamuddin bin Syed Abu Hussin, Penasihat Undang-Undang GPB Corporation Sdn. Bhd. YBhg. Datuk Zamani bin Abdul Ghani selaku Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad pula telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 372,759.71 dan Celcom Axiata Berhad yang diwakili oleh Encik Azmi bin Ujang, Ketua Pegawai Sumber Manusia pula menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 114,480.00.

Selain itu turut berlangsung majlis penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kepada Dato Dr. Mohamad Hashim Bin Ahmad Tajudin.




















.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.