• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Temui MAIPk di Karnival Jelajah Sihat

8 dan 9 September 2012 (Sabtu dan Ahad), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Unit Dakwah dan Promosi, Bahagian Zakat telah membuka booth sempena Karnival Jelajah Sihat bersama Komuniti Daerah Manjung. Tujuan pembukaan booth tersebut ialah untuk memberikan maklumat dan penerangan kepada orang awam berkenaan fungsi MAIPk terutamanya yang melibatkan zakat. Orang ramai juga telah mendapatkan panduan berkenaan pengiraan zakat pendapatan yang boleh diperolehi pada masa tersebut. Pada masa yang sama wadah MAIPk dan risalah-risalah berkenaan zakat juga telah diedarkan kepada orang awam yang datang ke booth MAIPk. Pegawai-pegawai MAIPk yang terlibat semasa majlis tersebut ialah Ustaz Munawir bin Mohamed Noh, Encik Shamsul Anuar bin Zakaria, Encik Muhamad Izzat Naquiddin bin Abdul Kadir, Encik Aizat bin Sabri serta dibantu oleh pegawai MAIPk dari Pejabat MAIPk Manjung. Iainya satu komitmen dari Unit Dakwah dan Promosi untuk memberikan pendedahan dan maklumat berkenaan zakat kepada orang awam.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.