• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Seminar Reset Minda Asnaf Kampar

Kampar, 25 Ogos 2017 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak daerah Kampar yang diketuai oleh Pegawai Baitulmal Daerah iaitu Encik Noraizad bin Rosli, telah menganjurkan Seminar Reset Minda Asnaf yang telah berlangsung di Dewan SMK Kampar dan dihadiri lebih kurang 200 orang Asnaf. Seminar ini diadakan bertujuan untuk menerap pengetahuan bagi meningkatkan semangat dan motivasi diri kepada para asnaf. Seminar ini turut dirasmikan oleh YDH. Toh Sedewa Raja Datuk Haji Abdul Talib Bin Abd. Fahmi, Orang Besar Jajahan (OBJ) Kampar.
Sejurus seminar dirasmikan oleh YDH. Toh Sedewa Raja Datuk Haji Abdul Talib bin Abd. Fahmi, seminar diteruskan dengan perkongsian daripada AF Ustaz Mohd Latiff bin Talib, Pengurus Unit Dakwah dan Amil MAIPk tentang tauhid kepada Pencipta. AF Ustaz juga ada menerangkan berkaitan solat dan ganjaran daripada solat yang dilakukan. Perkongsian ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada asnaf untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selesai perkongsian daripada AF Ustaz Mohd Latiff bin Talib, program diteruskan dengan memberikan sumbangan kepada penerima bantuan wang bulanan.



















.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.