BANTUAN PERUBATAN MAIPk CAWANGAN GERIK RINGANKAN BEBAN PESAKIT
MAIPk terus komited membantu golongan memerlukan menerusi pembekalan Bantuan Perubatan MAIPk Cawangan Gerik kepada penerima yang layak bagi meringankan beban kos rawatan dan keperluan harian.
Antara bantuan yang disalurkan meliputi bantuan lampin pakai buang, susu pemakanan khas, tisu basah, alas tilam pesakit serta bantuan kecemasan segera melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM20,196.00.
Bantuan ini diharapkan dapat membantu penerima mendapatkan keperluan penjagaan kesihatan yang lebih baik di samping meringankan beban kewangan keluarga.










