• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk
  • MAIPk MEMPERKUKUH KEFAHAMAN PROTOKOL DAN ADAT ISTIADAT DIRAJA PERAK

MAIPk MEMPERKUKUH KEFAHAMAN PROTOKOL DAN ADAT ISTIADAT DIRAJA PERAK

IPOH, 25 JUN 2026 – Hampir 600 peserta daripada pelbagai jabatan negeri dan persekutuan menghadiri Kursus Protokol dan Adat Istiadat Diraja Perak yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di Hotel Casuarina@Meru.

Turut menyertai kursus tersebut ialah pekhidmat Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, bersama barisan pengurusan kanan serta pegawai-pegawai MAIPk.

Program dimulakan dengan perkongsian oleh YABhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Annuar bin Zaini, Ahli Dewan Negara Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Dewan Negara Berhubung Majlis Penasihat Protokol Negeri Perak yang menghuraikan kepentingan penghayatan protokol sebagai elemen penting dalam pelaksanaan tugas dan majlis rasmi.

Peserta turut mengikuti pembentangan mengenai institusi Kesultanan Perak serta adat istiadat istana oleh YDH Toh Amar Seri Diraja Dato' Seri Ayop bin Hashim, sebelum diteruskan dengan sesi pengurusan majlis rasmi yang dikendalikan oleh Ketua Protokol dan Istiadat Perak, YBrs. Encik Azahari Effendy bin Abd Rahim.

Kursus ini menjadi platform untuk memperkukuh kefahaman peserta terhadap protokol, etika dan adat istiadat diraja bagi memastikan setiap urusan rasmi dilaksanakan secara teratur, berhemah dan mematuhi tatacara yang ditetapkan.

Hadir sama YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan); YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) serta YBrs. Encik Mohd Azraie Bin Harun, Setiausaha Bahagian BPSM.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.