MAIPk GERIK SALUR RM20,381.60 BANTUAN PERUBATAN DAN MODAL USAHAWAN ASNAF
Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Gerik telah menyampaikan Bantuan Perubatan dan Bantuan Modal berjumlah RM20,381.60 kepada enam penerima asnaf bagi membantu meringankan beban serta memperkukuh usaha menjana pendapatan.
Bantuan yang disalurkan merangkumi keperluan perubatan seperti lampin pakai buang, susu pemakanan khas dan kelengkapan penjagaan pesakit, selain peralatan perniagaan bagi membantu penerima mengembangkan perusahaan masing-masing.
Semoga setiap bantuan yang disampaikan menjadi asbab kepada peningkatan kualiti hidup dan membuka lebih banyak peluang untuk penerima terus berdikari serta mencapai kehidupan yang lebih sejahtera.














