MAIPk SALUR BANTUAN BINA RUMAH RM93,500 KEPADA ASNAF DI KAMPAR
KAMPAR – Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited membantu golongan asnaf memiliki kediaman yang lebih selesa dan selamat menerusi penyaluran Bantuan Bina Rumah kepada penerima yang layak.
Kali ini, bantuan telah disalurkan kepada Encik Mohd Azri bin Ariffin yang menetap di Kampung Baru Air Hitam, Kampar. Menerusi bantuan tersebut, MAIPk meluluskan pembinaan sebuah rumah tiga bilik melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM93,500.00.
Penyerahan bantuan telah disampaikan oleh Pengurus MAIPk Cawangan Kampar, Encik Mohd Nazrul Hisham bin Mohd Nasir kepada penerima. MAIPk berharap bantuan yang disalurkan ini dapat memberi sinar baharu kepada penerima dan menjadi pemangkin untuk meneruskan kehidupan dengan lebih sejahtera.








