PROGRAM KITAR SEMULA DAN INOVASI BARANGAN TERPAKAI
Pada 5 Julai 2026, Program Kitar Semula dan Inovasi Barangan Terpakai telah diadakan di Masjid Al-Ijaz, Maahad Tahfiz Kemukjizatan Al-Quran, Pondok Air Jernih, Ulu Kenderong, Gerik dan dirasmikan oleh YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato’ Ar. LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi, Orang Besar Jajahan Hulu.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan pelajar tahfiz, warga maahad, Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ijaz serta masyarakat setempat. Peserta didedahkan kepada amalan kitar semula melalui penghasilan produk kreatif daripada bahan terpakai seperti tayar, botol plastik dan botol sabun yang dijadikan pasu tanaman serta hiasan landskap.
Program ini berjaya meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle), memupuk kreativiti dan tanggungjawab menjaga alam sekitar, menceriakan persekitaran maahad, menjimatkan kos serta mengeratkan hubungan silaturahim antara maahad, masjid dan komuniti setempat.










