• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk
  • MAIPk TAPAH SANTUNI ASNAF MENERUSI PROGRAM ZIARAH KASIH ASNAF DI DAERAH BATANG PADANG

MAIPk TAPAH SANTUNI ASNAF MENERUSI PROGRAM ZIARAH KASIH ASNAF DI DAERAH BATANG PADANG

BIDOR, 10 Julai 2026 – Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Tapah telah menganjurkan Program Ziarah Kasih Asnaf di daerah Batang Padang. Rombongan MAIPk diketuai oleh Orang Besar Jajahan Batang Padang, YBhg. Dato’ Haji Mat Rasid bin Ayob dan turut disertai Pengurus Besar MAIPk Zon Selatan, Encik Wan Abdul Halim Hafiidz b.Mohd Amin, wakil Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Batang Padang, Penghulu Mukim Sungkai, Penghulu Mukim Bidor dan Penghulu Mukim Batang Padang.

Sepanjang program ziarah ini, rombongan telah menziarahi 3 keluarga asnaf. Ahli-ahli rombongan turut menyantuni serta melihat sendiri keadaan kehidupan mereka. MAIPk menerusi Jawatankuasa Baitulmal Daerah Batang Padang telah meluluskan permohonan-permohonan asnaf berupa Bantuan Modal dan Bantuan Perubatan.

Penerima pertama yang diziarahi ialah Encik Ahmad Firdhauz bin Mohamed Arif, seorang peniaga kedai makanan di RPT Bikam yang menerima Bantuan Modal berjumlah RM10,852.00. Bantuan diberikan berupa peralatan perniagaan dan penyediaan makanan untuk jualan.

Rombongan selanjutnya menyantuni penerima kedua Puan Hasimah Yun binti Shaharudin di Kampung Poh, Bidor. Beliau menerima Bantuan Perubatan iaitu ubat kanser payudara berjumlah RM16,966.00. Beliau masih menjalani rawatan perubatannya di Hospital Teluk Intan.

Rombongan selanjutnya menyantuni penerima ketiga dan terakhir dalam program ini iaitu Puan Tuty Noor Azizah binti Abd Aziz di Kampung Petalin, Bidor. Beliau diuji dengan stroke sebelah badan. Beliau menerima Bantuan Perubatan berupa susu formula, lampin pakai buang dan kerusi roda berjumlah RM5,610.20.

Program Ziarah Kasih Asnaf MAIPk Tapah mencerminkan komitmen berterusan MAIPk dalam memperkasa kebajikan asnaf melalui pendekatan turun padang, di samping mengukuhkan kerjasama dengan pelbagai agensi bagi memperluaskan manfaat kepada golongan yang memerlukan. Terima kasih pembayar zakat kerana ramai asnaf dapat menerima pelbagai bantuan modal dan perubatan.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.