MAIPk TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KOLEJ FELCRA
IPOH, 23 Julai 2026 – Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kolej FELCRA yang diketuai oleh Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Juliana binti Mohd Redzuan. Sementara itu, pihak MAIPk diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat, Encik Rohizan bin Haji Omar serta dihadiri bersama barisan pegawai MAIPk.
Kunjungan tersebut bertujuan menjalinkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak, khususnya dalam usaha memperkasa pembangunan pendidikan dan kebajikan pelajar Kolej FELCRA. MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Kolej FELCRA atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini.








