• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk
  • MAIPk TERIMA KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

MAIPk TERIMA KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

IPOH, 29 Julai 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) di Kompleks Islam Darul Ridzuan.

Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah IPGKI, Dr. Hamidah binti Samsudin, telah disambut oleh delegasi MAIPk yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi MAIPk, Puan Wan Maizura binti Wan Zahari. Delegasi IPGKI turut disertai oleh Timbalan Pengarah, Dr. Murniza binti Muhamad, Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik IPGKI, Dr. Nornajwa binti Ghazali dan barisan pegawai daripada kedua-dua institusi.

Dalam sesi kunjungan tersebut, kedua-dua pihak saling bertukar pandangan terutamanya mengenai peluang kerjasama dalam bidang pendidikan serta pembangunan modal insan.

MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak IPGKI atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini. Semoga pertemuan tersebut menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara MAIPk dan IPGKI pada masa hadapan.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.