• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk
  • MAIPk PERKASA KESEDARAN ZAKAT MENERUSI KAUNTER BANTUAN DAN CERAMAH

MAIPk PERKASA KESEDARAN ZAKAT MENERUSI KAUNTER BANTUAN DAN CERAMAH

IPOH, 29 Julai 2026 - MAIPk telah menyertai Program Tiwikrama Perdana Perintah Pengawasan Polis Daerah Kinta dengan membuka kaunter bantuan zakat serta menyampaikan taklimat berkaitan bantuan dan agihan zakat kepada para peserta.

Ceramah telah disampaikan oleh Pengurus Unit Pembangunan Pendidikan, Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor, yang berkongsi maklumat mengenai jenis-jenis bantuan zakat, syarat kelayakan serta tatacara permohonan yang disediakan oleh MAIPk.

Menerusi kaunter bantuan zakat, para peserta turut berpeluang mendapatkan khidmat nasihat, semakan kelayakan serta maklumat lanjut mengenai pelbagai skim bantuan zakat yang ditawarkan oleh MAIPk.

Semoga penglibatan MAIPk dalam program ini dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai peranan zakat serta memastikan bantuan yang disediakan dapat dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar memerlukan.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.