• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk
  • RM77,627.40 AGIHAN ZAKAT DISAMPAIKAN KEPADA ENAM KELUARGA ASNAF GERIK

RM77,627.40 AGIHAN ZAKAT DISAMPAIKAN KEPADA ENAM KELUARGA ASNAF GERIK

GERIK, 12 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) menerusi MAIPk Cawangan Gerik telah melaksanakan Program Ziarah Asnaf dan Penyerahan Bantuan melibatkan keseluruhan agihan zakat berjumlah RM77,627.40 kepada enam keluarga asnaf di sekitar Lawin, Bandariang dan Kampung Pahit, Gerik.

Program ini memberi ruang kepada MAIPk untuk mendekati para penerima, meninjau keadaan semasa mereka serta memastikan bantuan zakat yang disalurkan benar-benar menepati keperluan. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen berterusan MAIPk dalam menyantuni kebajikan golongan asnaf, khususnya mereka yang memerlukan penjagaan kesihatan berpanjangan.

Turut hadir, YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato' Ar.LA Meor Roslan Bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi, Orang Besar Jajahan Daerah Hulu Perak; Al-Fadhil Ustaz Joshuade Reza bin Mohd Zaini, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Gerik; Puan Norhasmaliana binti Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak; Encik Zul-Azri bin Hosaini, Pengurus Besar MAIPk Zon Timur, Encik Mohd Ismail bin Abdul Rahman, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat; Encik Abdul Hadi bin Abu Saed, Pengurus Bahagian Agihan Zakat; Puan Norhidayu binti Sakdon, Pengurus Bahagian Komunikasi Strategik, Sekretariat dan Adat Melayu, semua Pengurus Cawangan MAIPk dan semua Penghulu Mukim yang terlibat.

Antara bantuan yang disampaikan ialah bekalan susu pemakanan khas dan lampin pakai buang bagi tempoh enam bulan, kerusi roda khas, mesin penyedut kahak, peralatan tiub, tilam angin serta bantuan kewangan bulanan. Bantuan berkenaan diharap dapat meringankan kos penjagaan dan rawatan yang ditanggung oleh penerima serta keluarga masing-masing.

Selain bantuan perubatan, MAIPk turut menyalurkan bantuan modal perniagaan berupa ketuhar gas, mesin pengadun makanan dan meja kerja kepada seorang penerima. Bantuan ini bertujuan membantu penerima menjana pendapatan, memperkukuh ekonomi keluarga dan seterusnya membina kehidupan yang lebih stabil serta berdikari.


Agihan ini membuktikan bahawa zakat yang ditunaikan oleh para pembayar zakat diterjemahkan kepada bantuan yang memberi manfaat secara langsung kepada golongan memerlukan. MAIPk akan terus memastikan amanah zakat diurus dan diagihkan secara menyeluruh agar sinarnya sampai kepada asnaf di seluruh Negeri Perak.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.