• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk
  • IHKI 2026 SEMARAK KECINTAAN TERHADAP AL-QURAN DAN KESENIAN ISLAM

IHKI 2026 SEMARAK KECINTAAN TERHADAP AL-QURAN DAN KESENIAN ISLAM

15 Ogos 2026 – Ihtifal Hafazan al-Quran dan Kesenian Islam (IHKI) 2026 telah berlangsung dengan jayanya oleh Guru-guru al-Quran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran dan Hadith Darussolehah (PPTAHD).

Program yang diadakan di PPTAHD itu menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan terhadap al-Quran, selain mencungkil dan mengembangkan bakat murid serta pelajar dalam bidang hafazan dan kesenian Islam.

IHKI 2026 melibatkan penyertaan seramai 164 peserta daripada 23 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan maahad tahfiz di bawah bimbingan Guru-guru al-Quran MAIPk.

Antara acara yang dipertandingkan ialah hafazan al-Quran bagi kategori lelaki dan perempuan, azan serta qasidah bagi kategori lelaki. Pertandingan hafazan pula melibatkan beberapa kategori merangkumi Juzuk ‘Amma, Juzuk 1 hingga 3, Juzuk 4 hingga 7 serta surah-surah pilihan.

Sepanjang program, suasana berlangsung dengan tertib, meriah dan penuh penghayatan Islam. Para peserta menunjukkan kesungguhan serta kemahiran yang baik dalam setiap kategori yang dipertandingkan. Kerjasama yang baik oleh pihak PPTAHD, Guru-guru Al-Quran MAIPk dan semua petugas turut membantu melancarkan perjalanan program.

Pihak MAIPk turut menyumbang melalui peruntukan yang disalurkan bagi menjayakan penganjuran IHKI 2026. Program ini selaras dengan usaha MAIPk dalam memupuk semangat cinta akan al-Quran dalam kalangan generasi muda, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara SMAR, maahad tahfiz, Guru-guru al-Quran MAIPk dan komuniti setempat.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan MAIPk Parit Buntar, Encik Muhammad Isyraf Danial bin Mazlan, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.