• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk
  • 65 PELAJAR PERAK SELAMAT TIBA DI KAHERAH, TERUSKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI AL-AZHAR

65 PELAJAR PERAK SELAMAT TIBA DI KAHERAH, TERUSKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI AL-AZHAR

KAHERAH, 3 September 2026 – Seramai 65 pelajar tajaan Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) telah selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiba di Kaherah, Mesir bagi meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar untuk sesi 2026/2027.

Suasana di Balai Pelepasan KLIA sarat dengan emosi. Ada yang tersenyum penuh semangat, manakala ada yang dipeluk erat oleh ibu bapa dan keluarga tersayang sebelum berpisah buat seketika. Titisan air mata kegembiraan, doa yang dipanjatkan serta pelukan penuh kasih menjadi kenangan bermakna sebelum anak-anak Perak ini memulakan perjalanan dalam mengejar cita-cita menjadi ilmuwan agama.

Perjalanan mereka diiringi oleh tiga orang pegawai pengiring yang komited dalam memastikan keselamatan dan kelancaran urusan para pelajar dari awal perjalanan sehingga tiba di destinasi, iaitu Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor (MAIPk), Encik Noraizad bin Rosli (MAIPk) dan Puan Aaliah binti Abdul Aziz (JAIPk).

Alhamdulillah, kesemua pelajar bersama-sama pegawai pengiring telah selamat tiba di Kaherah dan disambut oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak, Encik Johar bin Zainal Abidin. Segala urusan ketibaan turut berjalan dengan lancar.

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar. Sesungguhnya perjalanan menuntut ilmu merupakan jalan yang penuh kemuliaan dan keberkatan.

Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan, mengurniakan kekuatan, mengukuhkan iman serta memberikan kejayaan dalam menimba ilmu.

Semoga mereka pulang kelak sebagai ilmuwan yang mampu menyumbang dan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.