• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk BINA RUMAH YANG BAHARU KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Zulkefli bin Gnatheerin
Kampung Selabak, Teluk Intan
Bantuan Bina Rumah


Encik Zulkfli bin Gnatheerin dari Kampung Selabak, Teluk Intan sekeluarga tinggal di rumah yang telah dibina kira-kira empat tahun yang lalu dengan menggunakan wang KWSP serta sedikit tambahan daripada isterinya. Rumah itu dibina bersebelahan dengan rumah ibunya.

Dahulunya, Encik Zulkefli pernah bekerja sebagai pemandu lori. Namun, pada bulan Februari 2021 yang lalu, dia terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang sakit dan memerlukan penjagaan sepenuh masa.

Semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah suatu tragedi menimpa diri Encik Zulkefli sekeluarga pada 20 Mac 2021. Kebetulan pada hari itu, tiada sesiapa di rumahnya. Tiba-tiba sahaja rumah yang baru didiami selama empat tahun itu terbakar dan memusnahkan keseluruhan bahagian dalamnya tanpa ada suatu barang pun yang sempat diselamatkan. Akibat kebakaran itu, Encik Zulkefli menanggung kerugian sekitar RM200,000.000.

Namun, Encik Zulkefli tetap bersyukur kerana tragedi tersebut tidak menyebabkan mana-mana ahli keluarganya menjadi korban. Kebakaran itu juga tidak merebak ke rumah ibunya mahupun rumah jiran yang lain. Apabila mendapat tahu tentang tragedi tersebut, Pegawai MAIPk Teluk Intan telah menziarahi Encik Zulkefli dan menyalurkan Bantuan Kecemasan Segera sebanyak RM500.00. Selain itu, Encik Zulkefli turut menerima sumbangan daripada pelbagai pihak.

Sebagai bantuan susulan untuk Encik Zulkefli selepas itu, MAIPk telah membina rumah baharu yang bernilai RM76,500 untuk menggantikan rumahnya yang musnah itu dan diserahkan kepadanya pada Februari yang lalu. Begitulah besarnya peranan zakat yang ditunaikan oleh muzakki negeri Perak kepada Zakat Perak-MAIPk. Teruskan istiqamah berzakat bersama-sama kami. Boleh sahaja melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.