• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Bantuan Aidilfitri 2014M/1435H dan Perasmian Masjid Nurhidayah Kampung Temelong

Majlis Penyerahan Bantuan Aidilfitri 2014M/1435H dan Perasmian Masjid Nurhidayah Kampung Temelong

LENGGONG Majlis Penyerahan Bantuan Aidilfitri 2014M/1435H dan Perasmian Masjid Nurhidayah Kampung Temelong telah diadakan pada 4 Julai 2014 bertempat di Masjid Nurhidayah, Kampung Temelong. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Masjid Nurhidayah dan penyerahan bantuan Aidilfitri 2014M/1435H.

Pada majlis ini, sebanyak 3 daerah telah diberikan bantuan Aidilfitri iaitu daerah Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu. Daerah Lenggong sebanyak tiga mukim diberikan bantuan iaitu Mukim Lenggong berjumlah RM24,600.00, Mukim Durian Pipit berjumlah RM13,200.00 dan Mukim Temelong berjumlah RM14,200.00. Manakala Daerah Gerik pula sebanyak 2 mukim diberikan bantuan iaitu Mukim Gerik berjumlah RM50,800.00, Mukim Kenering berjumlah RM11,200.00 dan Mukim Kerunai berjumlah RM34,600.00. Daerah Pengkalan Hulu pula bantuan diberikan berjumlah RM21,800.00. Jumlah keseluruhan bantuan yang diberikan adalah berjumlah RM170,400.00

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.