• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN BERKENAN MENERIMA ZAKAT LEBIH RM5.67 JUTA

DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN BERKENAN MENERIMA ZAKAT LEBIH RM5.67 JUTA

KUALA KANGSAR, 12 Mac 2026 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM5,673,589.57 dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Pegawai-Pegawai Agama dan Imam Masjid Negeri Perak yang berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Bayaran zakat tersebut diterima daripada lapan syarikat korporat dan tiga individu kepada Zakat Perak Al-Ridzuan (ZAPAR) di bawah Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), sebagai tanda komitmen berterusan dalam menunaikan kewajipan zakat serta memperkasa kebajikan ummah di Negeri Perak.

Dalam majlis berkenaan, baginda turut berkenan menyerahkan zakat kepada YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YBhg. SS Dato’ Hj. Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak; ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan, Anggota MAJLIS serta Anggota Majlis Perundingan Masjid.

Majlis penyerahan zakat ini mencerminkan kepercayaan dan sokongan berterusan pelbagai pihak terhadap institusi zakat di Negeri Perak, sekali gus memperkukuh usaha MAIPk dalam memastikan hasil zakat diagihkan secara telus, berkesan dan memberi impak besar kepada golongan asnaf.

Melalui pengurusan zakat yang sistematik dan berimpak, MAIPk terus komited memperkasa kesejahteraan ummah serta menyokong agenda pembangunan sosioekonomi masyarakat Islam di Negeri Perak Darul Ridzuan.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.