• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Masyarakat Orang Asli Tasek Banding Tidak Diabaikan

Selasa - 27 Disember 2016 telah diadakan majlis serahan wang zakat kepada masyarakat orang asli yang tinggal disekitar kawasan Tasek Banding, Gerik. Majlis tersebut adalah kerjasama antara MAIPk dan PLUS (M) Bhd. Majlis tersebut telah diadakan di Kg Sg Tiang. Iainya juga merupakan projek CSR (Corporate Social Responsibility) pihak PLUS. Seramai 422 orang masyarakat orang asli telah menerima bantuan berupa wang tunai pada majlis tersebut. Masyarakat orang asli tersebut adalah dari kampung-kampung sekitar Tasek Banding iaitu Pulau Koa Sg Chiung, Kg Pulau Tujuh, Kg Sg Temin, RPS Kemar, Kg Bagan Balak (Cadak), Kg Sg Rengat, Kg Pengkalan Permai, Kg Desa Ria, Kg Sg Tiang, Kg Kabel,Kg Kuala Raba, Kg Sg Raba, Kg Semelor dan Kg Desa Damai. Seramai 40 orang yang terdiri daripada Orang Besar Jajahan Hulu Perak, Yang Dihormati Toh Muda Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato Meor Roslan bin Dato Seri Meor Ahmad Rashidi telah hadir yang turut menyampaikan bantuan kepada penerima-penerima bantuan. Tan Sri Profesor Dr. Nordin bin Kadri, Rektor Universiti Sultan Azlan Shah yang juga Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak turut hadir pada majlis itu. MAIPk telah diketuai oleh Dr. Amiruddin bin Muhamed selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Hajah Wan Maizura binti Hj Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Encik Ariff bin Apandi, Pengurus Besar Bahagian Kewangan, Ustaz Bakri bin Lee, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Ahmad Nazim bin Hj Md Tajuri, Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran, Encik Amirudin bin Osman, Pegawai Baitulmal Daerah Gerik turut hadir pada majlis tersebut bersama-sama dengan pegawai dan kakitangan MAIPk dari Bahagian Zakat dan MAIPk Daerah Gerik. Pihak PLUS (M) Bhd diketuai oleh Encik Mohd Yusuf bin Abdul Aziz selaku Pengurus Wilayah Utara. Majlis tersebut juga turut menyaksikan pengislaman dua orang asli iaitu adik Rosmaini bin Roslan dan adik Badrul Hisyam bin Tuni. Majlis pengislaman telah disempurnakan oleh Ustaz Bahari bin Latif selaku mubaligh kawasan Gerik. Walaupun penempatan komuniti masyarakat orang asli jauh di pedalaman namun kebajikan mereka dan keprihatinan dari pihak MAIPk serta pihak swasta khususnya PLUS(M) Bhd tetap diteruskan. Ianya bagi memenuhi tuntutan ibadah dan tanggungjawab sosial tanpa mengira faktor geografi dan warna kulit.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.