• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Taklimat Zakat di SK Manjoi 2, Ipoh

Ipoh, 29 Januari 2013 (Selasa) - Ustaz Munawir bin Mohamed Noh dan Ustaz Mohd Latif bin Talib daripada Unit Dakwah dan Promosi, Bahagian Zakat telah dijemput untuk mengadakan taklimat zakat di Sekolah Kebangsaan Manjoi 2, Ipoh. Taklimat tersebut telah diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pertama pada jam 12.30pm sehingga 1.30pm yang akan disampaikan oleh Ustaz Munawir bin Mohamed Noh dan sesi kedua pada jam 1.30 pm sehingga 2.30 pm yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Latif bin Talib. Ini member peluang kepada guru-guru dari sesi pagi dan petang supaya dapat hadir mendengar taklimat tersebut. Seramai 45 orang guru dan kakitangan perkeranian telah hadir mendengar taklimat yang disampaikan. Taklimat meliputi jenis-jenis zakat dan serta isu-isu yang melibatkan ASB telah disampaikan.Risalah zakat dan borang potongan gaji juga diedarkan kepada yang hadir. Satu komitmen yang berterusan MAIPk dan sekolah-sekolah dalam memberikan kemudahan kepada warga pendidik dalam melaksana dan memperkasakan amalan berzakat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.