• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Pusat Perubatan Ar-Ridzuan Anjur Majlis Ramah Mesra Bersama Media Dan Kursus Pembedahan Ortopedik Pada 7 & 8 Mac 2020

Pusat Perubatan Ar-Ridzuan Anjur Majlis Ramah Mesra Bersama Media Dan Kursus Pembedahan Ortopedik Pada 7 & 8 Mac 2020

IPOH, 18 Februari 2020 - Pusat Perubatan Ar-Ridzuan (PPAR) telah menganjurkan  Majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Media di Impiana Hotel yang disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKEINPk Sdn. Bhd, Tuan Haji Abd. Rahman bin Abdullah Thani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKEINPk Sdn. Bhd, Tuan Haji Ramlan bin Abdul Rahman dan bersama staf PKEINPk Sdn. Bhd. PPAR ialah sebuah hospital pakar swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh PKEINPk Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak.

Pada majlis ini Pengurus Besar PPAR, Khairul Salleh Abdul Rani telah menerangkan kepada semua pihak media mengenai perkhidmatan  PPAR.  PPAR kini telah menyediakan 16 perkhidmatan di samping lapan doktor pakar residen dan sembilan doktor pakar pelawat. PPAR menawarkan perubatan mesra ibadah, memperkenalkan perkhidmatan yang sesuai seperti seluar bersalin mesra aurat di samping bayaran yang berpatutan. Di samping itu, ia turut menawarkan khidmat dialisis yang ketika ini mempunyai 11 kerusi dan akan ditambah 18 lagi pertengahan tahun 2020. Pada tahun 2019, PPAR diiktiraf antara penyedia khidmat dialisis terbaik di Malaysia.

PPAR akan menganjurkan Kursus Pembedahan Tulang Pinggul dan Lutut yang dihadiri pakar-pakar bedah ortopedik dari seluruh negara. Kursus dua hari yang bermula 7 hingga 8 Mac 2020 itu nanti disertai kira-kira 30 orang pakar termasuk dari Korea Selatan dan Australia. Penganjuran kursus itu bakal meletakkan kedudukan PPAR sebagai antara hospital ortopedik terbaik di negeri Perak. Kursus tersebut akan diketuai pakar bedah ortopedik, Dr. Loh Choong Sing yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam pembedahan pembentukan semula sendi tulang.

Kursus ini akan mempamerkan pembedahan langsung kepada peserta kursus iaitu dua pembedahan penggantian penuh tulang pinggul dan tiga pembedahan penggantian penuh lutut. Pakar bedah ortopedik yang hadir dari seluruh Malaysia boleh menyaksikan prosedur-prosedur tersebut secara langsung.

Turut diadakan pada program sama pada kursus tersebut ialah sesi ceramah yang akan diadakan di dewan persidangan semasa sesi pembedahan sedang dijalankan. Ceramah akan disampaikan oleh pakar jemputan iaitu Dr. Tai Cheh Chin iaitu pakar bedah dari Ramsay Sime Darby Subang Jaya Orthopaedic. Dua pakar bedah ortopedik dari Korea Selatan juga dijemput bagi menerangkan bagaimana pembedahan-pembedahan ini dijalankan. Di samping itu, para peserta juga dapat mendengar penerangan mengenai perkembangan terkini dalam penggunaan teknologi komputer yang diselaraskan untuk prosedur pembedahan tulang pinggul dan lutut oleh penceramah khas, Pelet Goodman dari OrthAlign Inc. Australia.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.