SPM 2020, 88 Pelajar Berjaya Cemerlang

TAHNIAH! Kepada Penerima Skim Bantuan Biasiswa Pelajaran Baitulmal yang mendapat keputusan CEMERLANG. Sesungguhnya TEKAD kalian dalam menuntut ilmu, telah diBERKATi Allah dan diredhai ibu bapa serta guru-guru.

INFO KECEMERLANGAN:

Penerima Skim Bantuan Biasiswa Pelajaran Baitulmal (SPM 2020) : 280 orang
Jumlah bantuan: RM280,000.00 (RM1,000.00 setahun)
Jumlah Pelajar Cemerlang:
12A - 2 orang
11A - 1 orang
10A - 4 orang
9A - 12 orang
8A - 19 orang
7A - 16 orang
6A - 34 orang

TEKAD DAN BERKAT.

Skim Bantuan Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini mula diperkenalkan pada tahun 2012. Sehingga tahun 2021, MAIPk telah menyalurkan kepada 1050 orang pelajar. Seramai 509 pelajar mendapat manfaat daripada skim ini dan telah pun menamatkan pelajaran. Jumlah pelajar tanggungan semasa skim ini adalah seramai 541 orang. Doakan anak-anak ini juga punya TEKAD yang kuat dan diBERKATi Allah untuk terus cemerlang. Kita mengharapkan dengan dana zakat, lebih ramai lagi anak-anak asnaf dapat meningkatkan taraf pendidikan. Akhirnya mereka berjaya membawa perubahan dalam keluarga dengan cemerlang. Muzakki, ini satu lagi cabang aliran wang zakat anda. Wang anda telah berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang.

‘Share Posting’ ini biar ramai anak-anak Perak tahu aliran dana zakat. Datanglah beramai-ramai berzakat di Zakat Perak-MAIPk. Setiap tahun kita perlukan dana besar untuk anak-anak belajar. Cerah masa depan mereka, cemerlanglah negeri Perak.

ZAKAT ONLINE PILIHAN UTAMA. Klik: https://ezakat.maiamp.gov.my
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.