• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PERAK 2022 (1443 H)

Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada 4 hingga 6 Januari 2022 yang lalu telah menetapkan harga bagi zakat fitrah bagi tahun 1443H/2022M dengan tiga pilihan harga, iaitu RM7.00, RM14.00 dan RM21.00

Walaupun pada dasarnya bahawa kadar minimum zakat fitrah yang wajib dibayar oleh individu yang berkewajipan membayar zakat fitrah ialah RM7.00 seorang, sewajarnyalah kita membayar melebihi kadar wajib tersebut mengikut jenis beras yang kita makan.

RM7.00 – Beras Super Special Tempatan 5%
RM14.00 – Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi dan Beras Herba Poni.
RM21.00 – Beras Basmathi, Beras Jepun dan Beras Merah

Jom kita tunaikan zakat fitrah seawal yang mungkin agar tidak terlepas ibadah yang penting ini. Pelbagai kaedah pembayaran disediakan oleh MAIPk untuk kemudahan kita semua. Pembayaran boleh diserahkan terus kepada Amil Fitrah yang dilantik atau hadir ke kaunter-kaunter MAIPk mahupun kaunter-kuanter yang dibuka oleh Amil Fitrah di mana-mana tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.

Bagi yang selesa dengan pembayaran secara atas talian, bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat melalui Aplikasi GoPayz, Aplikasi Shopee, Maybank2u dan Aplikasi SnapNPay.

Seperti biasa, pembayaran zakat fitrah juga boleh dibuat melalui online FPX MAIPk.

Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.