MAIPk PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK BERSAMA KWSP IPOH
IPOH, 22 Januari 2026 – Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Ipoh.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Baitulmal MAIPk,Encik Ahamad Muzammil bin Arbain, dan disambut oleh Encik Mohammad Khairri Ibrahim, Ketua Cawangan KWSP Ipoh, bersama Encik Daumi Nasran Salleh, Ketua Seksyen Perhubungan Pelanggan serta Encik Mhd Fuaz Rahman, Pegawai Penasihat Pelanggan.
Perbincangan yang berlangsung menumpukan kepada potensi kolaborasi strategik antara MAIPk dan KWSP, khususnya berkaitan pengurusan dana atau wang tidak patuh syariah yang melibatkan pencarum Islam.










