• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • PROGRAM CEPA PEMAKANAN SIHAT PERKASA KOMUNITI ORANG ASLI KG. SUNGAI TIANG & KG. SUNGAI KEJAR

PROGRAM CEPA PEMAKANAN SIHAT PERKASA KOMUNITI ORANG ASLI KG. SUNGAI TIANG & KG. SUNGAI KEJAR

GERIK, 10 Februari 2026 – Program CEPA Pemakanan Sihat telah berjaya dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 9 & 10 Februari 2026 hasil kerjasama strategik antara Perbadanan Taman Negeri Perak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Yayasan Hasanah dan RIMAU, serta penyertaan aktif komuniti setempat. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat luar bandar terutamanya dalam kalangan Orang Asli mengenai kepentingan pemakanan dan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Program ini merangkumi ceramah asas pemakanan sihat, konsep Pinggan Sihat Malaysia, keselamatan makanan serta aktiviti memasak sihat secara praktikal. Penduduk didedahkan kepada kepentingan pengambilan makanan seimbang dan teknik memasak rendah minyak yang mudah diamalkan dalam kehidupan harian.

MAIPk turut menyalurkan sumbangan wang tunai bagi menjayakan program serta mengagihkan kotak makanan dan beras kepada penduduk yang memerlukan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPk dalam memperkasa kesejahteraan komuniti melalui pendekatan pendidikan dan kebajikan.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.