• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Bantuan Bencana, Musibah Kediaman Ditimpa Pokok

Pagi ini pasukan SPA (Skuad Prihatin Asnaf) MAIPk menziarahi keluarga Encik Rosli Bin Mat Ros di Kampung Dato Ahmad Said, yang dilanda musibah akibat kediaman beliau yang rosak ditimpa pokok ketapang ketika angin kuat pada Jumaat lalu.

Mujur, tiada kecederaan dialami oleh ahli keluarga En.Rosli pada hari kejadian. Namun, bumbung sebuah bilik dan bahagian tandas rosak teruk dan perlu diperbaiki segera agar rumah tidak dimasuki air sekiranya hujan lebat melanda.

Sebagai makluman, En.Rosli sekeluarga tinggal menyewa di kediaman ini di mana beliau hanya mengambil upah mengecat kenderaan secara kecil-kecilan dan isteri bekerja sebagai pembantu kedai runcit. Justeru, bagi membantu keluarga ini, sumbangan wang tunai telah disampaikan oleh wakil pihak MAIPk.

Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh En.Rosli sekeluarga, In shaa Allah.










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.