MAIPk Terima Zakat Perniagaan Berjumlah RM6,385,278.66

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2020 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada lima agensi yang bernilai RM6,385,278.66 di Istana Perak, Changkat Persekutuan.

Semasa majlis berkenaan, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menjadi agensi tertinggi membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2017 iaitu berjumlah RM3,042,751.66. Ini diikuti pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2019 iaitu Plus Malaysia Berhad, RM2,674,327.00, KPJ Healthcare Berhad, RM349,000.00, Idaman Pharma Manufacturing Sdn. Bhd., RM200,000.00, Celcom Mobile Sdn. Bhd., RM119,200.

Majlis ini turut dihadiri oleh iaitu YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, YABhg. Jen. (B) Dato' Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin dan Anggota MAIPk, YABhg. Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, YBhg., YBhg. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Dr. Afifi al-Akiti, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,  YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abd Rahim serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.














.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.