Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIPk Tahun Penilaian 2019

IPOH, 23 Julai 2020 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Bagi Tahun Penilaian 2019. Majlis APC ini merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan MAIPk kepada semua warga kerja MAIPk yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang khususnya pada tahun 2019. Dalam majlis itu, seramai 42 orang pekhidmat MAIPk telah menerima anugerah yang terdiri daripada APC dan Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT).

Acara majlis telah dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak diikuti dengan bacaan doa. Majlis APC diteruskan dengan ucapan aluan YBrs.Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin, Yang Dipertua MAIPk yang turut menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Pada majlis APC ini turut disajikan dengan Persembahan Montaj penerima APC dan APT  serta diteruskan dengan penyampaian sijil kepada semua penerima oleh YBhg. Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin dan YBrs.Tuan Shahrul Azam bin Shaari.

Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik semangat dan mencetus inspirasi kepada semua warga MAIPk, untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan menjadi nadi penggerak, dan peneraju kepada perubahan positif, dalam membudayakan kecemerlangan di tempat kerja khususnya di MAIPk.




















.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.